Quantcast
Viewing all 772 articles
Browse latest View live

Tolong Jangan Jadi Terlalu Baik Sangat La Please...

Baik biar bertempat


Assalamualaikum

Pernah dengar satu kata-kata dalam lirik lagu yang berbunyi.. "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali". Kita dituntut untuk melakukan kebaikan. Tak kira di mana jua berada. Agama Islam sendiri kan bermakna agama yang membawa kepada kebaikan. Tapi kan, kebaikan yang haru skita lakukan tu harus mempunyai cara yang tertentu dan mengikuti lunas-lunas agama yang betul. Menjadi baik tak salah tapi biar berpada.

Ok la, wanita-wanita di luar sana, kamu insan yang berhati lembut kan? PapaG percaya wanita ini lebih bermain dengan perasaan. Jadi bagi para jejaka di luar sana boleh nak buat baik denan wanita-wanita tapi biar berpada. Jangan sampai kebaikan yang anda lakukan pada seseorang wanita itu akan disalah ertikan oleh inan yang bernama wanita lebih-lebih lagi wanita yang bukan mahram anda. Bahaya. Kalau dengan isteri ke.. Mak ke.. Kakak sendiri ke.. itu tak de masalah. Lagi baik ade la. Hehehe
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Baik+biar+bertempat
Bukan ape, kalau terlalu baik dengan perempuan ni, di takuti terjatuh hati pulak nanti. Kalau masing-masing bujang lagi tak pe la. Ikatan boleh di halal kan dengan pernikahan. Kalau dah suka kawen je la. Tapi, kalau suami orang buat baik dengan anak dara ni yang bahaya. Kang silap-silap hari bulan ade la keluar perkataan PAYUNG EMAS nanti. Haru jadinya nanti. So, fikir sebelum buat. 

Ok. Renung-renungkan. Selamat beramal.

With Love 
Papaglamz

-sekian-



Berikan Aku Cinta Bahagia



Ingin hidup bahagia dan rasa di cintai?


Assalamualaikum

Aku cinta kau.. Kau cinta aku.. Aku sayang kau.. Kau sayang aku.. Saya sayang awak.. Awak sayang saya.. Dan bermacam lagi ungkapan-ungkapan menarik yang selalu kita luahkan bagi menunjukkan rasa cinta kita. Korang mesti pernah cakap ataupun menerima ungkapan-ungkapan cinta yang macam ni kan? Ape rasanya kalau orang yang kita sayang, cakap cintan cintun segala bagai dengan korang..? Harus la berbunga-bunga hati tu. Ala-ala tidak berpijak di bumi yang nyata gitu. Terbang-terbang di awangan kan.. Hehehe..

Yup betul, cinta itu membahagiakan. Dan cinta jugak mendamaikan. Dengan cinta, mengasihani, menyayangi tentunya kebahagiaam itu pasti menjadi milik kita. Kalau korang nak rasa bahagia dan di cintai, mulakan dengan membahagiakan orang lain. Formula mudah. Nak bahagia, bahagiakan orang lain. Ingin di cintai, cintai orang lain sepenuh hati dulu. Bila saling mencintai dan membahagiakan, barulah kedamian dalam sesebuah kehidupan itu di kecapi. Tak gitewww..? Lebih-lebih lagi dalam rumah tangga ni kan? Suami isteri wajib menyayangi dan mencintai satu sama lain. Baru Rumah Tangga Sakinah Warrahmah dapat di miliki. Insyallah.

Jom sama-sama sebarkan rasa cinta dan sayang kita pada semua. Mulakan pada insan yang tedekat dengan anda. Harus la keluarga kita. Mak.. Ayah.. Abang.. Adik.. Anak.. Isteri dan sesiapa saja la. Insyallah kehidupan yang bahagia sudah pasti bakal membentuk satu masyarakat yang mendamaikan. Baru lah rasa aman je bila bergaul sesama kita. Insyallah.

Ok la. Semoga bermanfaat. Renungkan dan selamat beramal.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Wordless Malam Jumaat | Teh 'O' Panas Madu 3

Teh 'O' panas penyegar tubuh badan


Assalamualaikum

Nama pun wordless kan? Nah nak share satu gambar yang PapaG tengah minum. Sedap dan mengancam memalam jumaat ni. Jemput tengok yer kawan-kawan.


Teh 'O' Panas Madu Tiga

Korang nak tahu kisahnye? Jemput la masuk tengok Link kat bawah ni.


Jangan lupa tinggal komen. Ceria apa la memalam jumaat ni kan? Hahahha.

-sekian- 

Mertua Versus Menantu

Tips keharmonian rumahtangga


Assalamualaikum

Bagi mereka yang sudah berumah tangga pastinya mempunyai keluarga mertua bukan. Pernah tak rasa pening nak amek hati mertua? Ni PapaG kongsikan beberapa tips untuk anda semua tentang Mertua dan juga Menantu. Moga bermanfaat.

TIPS BUAT MERTUA 


1. Kita harus jadikan menantu kita sebagai SAHABAT KARIB (akrab), khususnya menantu lelaki. Dengan hubungan akrab dan persahabatan itu akan menerbitkan kasih sayang. Dengan rasa kasih itu mereka akan mengatur cucu dan anak perempuan kita (isteri beliau) untuk meneruskan hubungan baik dengan kita dengan rela tanpa dipaksa-paksa.

2. Jika kita ada sebarang saranan untuk menantu lelaki kita, lakukanlah dengan berhemah, tanpa sebarang unsur menekan atau memaksa mereka untuk menerima. Biar mereka terima kerana suka dengan kebenaran dari nasihat kita yang disampaikan dengan penuh kasih sayang itu. Bukan kerana kita menggunakan veto sebagai orang tua secara paksa. Terkadang usia tua tidak menjamin kita BETUL sentiasa.

3. Hormati menantu lelaki kita sebagai sahabat dan orang yang sedang 'berkuasa' terhadap anak kita. Mereka juga ada tanggungjawab dan harga diri. Sayangi mereka sebagai anak. Dengan kasih sayang sahaja semuanya akan mampu saling redha meredhai dan hidup sejahtera.

4. Harus diingat, dahulu kita ada kuasa sebagai wali terhadap anak perempuan kita. Kini hak dan kuasa itu sudah kita serahkan kepada menantu lelaki kita. Untuk menikmati apa yang kita miliki sebelum anak nisak kita berkahwin, maka kita perlu mengharapkan BUDI BICARA dan jasa baik menantu lelaki kita. Justeru itu, jangan sekali-kali gunakan pendekatan MEMAKSA jika kita sudah tiada kuasa.

5. ADIL terhadap menantu itu sangat penting. PANTANG sama sekali kita bersikap pilih bulu dan membeza-bezakan menantu kita biar apapun alasannya. Cuba cari jalan untuk membantu yang lemah baik terhadap menantu lelaki mahupun yang perempuan.

6. MENANTU PEREMPUAN ada ‘inferiority complex’ yang tersendiri. Hati-hatilah terhadap perasaan mereka walaupun kita ada ‘kuasa’ terhadap suami mereka. Beri mereka sedikit ruang untuk bebas membawa diri berperanan sebagai anak dalam keluarga suami mereka.

7. JANGAN SEKALI-KALI campuri konflik dalaman rumahtangga anak kita. Jika terpaksa sekalipun, banyakkan menasihati anak kita, baik laki-laki mahupun yang perempuan agar bertolak ansur dan berdamai. Jangan sesekali menanam kebencian anak kita terhadap pasangan mereka. Memburuk-burukkan menantu kita agar cucu kita membenci ibubapa mereka adalah khilaf yang FATAL & PANTANG SAMA SEKALI. Itu akan akhirnya membuatkan kita DIBENCI menantu dan cucu kita.

TIPS UNTUK MENANTU


1. SUAMI harus berusaha mengambil hati mertua. Sayangi dan hormati mereka sebagai orang tua kita sendiri. Pelajari apa yang mereka suka dan apa yang mereka benci.

2. SUAMI harus bukan sahaja izinkan, malah sebaiknya arahkan isteri agar menghubungi orang tua mereka sekerap mungkin dan lapurkan apa sahaja berita dari orang tua isteri kepada kita. RPWP sarankan agar seboleh-bolehnya setiap warga menghubungi orang tua 5 kali sehari. Biar ibubapa terasa seperti kita duduk serumah walaupun hakikatnya kita tinggal berjauhan. Paling tidak sekali sehari atau lebih kerap dari sebelum isteri kita berkahwin dengan kita. Dengan itu, hubungan isteri dengan orang tuanya jadi akrab dan diredhai. Bila isteri dan keluarganya gembira, masing-masing akan berterima kasih dan kita juga yang dapat tempiasnya.

3. SUAMI tidak harus menolak mentah-mentah sebarang nasihat atau buah fikiran dari mertua. Hargai atau terima buah fikiran itu sebagai sahabat, atas dasar kasih sayang dan bernasnya cadangan yang diberikan oleh orang yang lebih berpengalaman itu. Lebih-lebih lagi untuk ISTERI terhadap mertua. Kecuali jika saranan itu tersasar dari landasan agama.

4. SUAMI harus tahu batas sempadan dalam menerima cadangan dan buah fikiran mertua. Jangan sampai merasa terpaksa untuk menerima apa-apa saranan dan buah fikiran dari mertua sehingga kita hilang keyakinan diri dan ketegasan pendirian sebagai murobbi keluarga, hanya kerana ingin memenuhi kehendak mertua. Apatahlagi jika mertua kita tersasar dari landasan syariat.

5. SUAMI sendiri harus memainkan peranan 'menghulurkan' apa sahaja pemberian terhadap keluarga mertua, biarpun sumbernya dari isteri kita. Sebaliknya ISTERI pula harus ambil peranan untuk 'menghulurkan' apa sahaja pemberian terhadap keluarga suami, biarpun sumber pemberian itu dari suami. Ini mampu menolak fitnah dan menzahirkan keredhaanserta keihlasan terhadap mertua dan keluarga pasangan kita.

6. SUAMI / ISTERI jangan suka mengadu apa sahaja masalah dalaman rumah tangga sendiri kepada ibu bapa sendiri. Ini boleh menambahkan kebencian mertua terhadap pasangan kita. Ingatlah bahawa lebih mudah menyelesaikan masalah dengan pasangan sendiri berbanding masalah yang disebabkan oleh kebencian mertua dan campur tangan ipar duai kita.

7. SUAMI / ISTERI harus tampil dan membela pasangan masing-masing apabila ada unsur fitnah, cercaan, atau umpatan oleh orang tua atau ahli keluarga sendiri terhadap pasangan kita. Jangan sekali-kali meng’iya’kan dan menokok tambah pula. Lama kelamaan pendekatan ini mampu 'mengajar' keluarga kita agar tidak lagi campurtangan sewenang-wenangnya.

8. ISTERI harus ingat bahawa keredhaan suami adalah laluan syurga baginya. Apapun situasi atau konflik yang terjadi, keputusan dan pendirian suami harus diutamakan selagi ia tidak menyalahi syara’. Syurga suami kita masih di bawah tapak kaki ibunya. Oleh itu jika suami sarankan agar balik raya di rumah ibunya dahulu juga ada rasional syariat di sebaliknya dan wajar kita patuhinya dengan berlapang dada. Dengan itu, suami akan redha terhadap kita dan anda akan lihat dia akan santuni keluarga anda dengan hati yang lapang juga.

9. SUAMI pula harus adil terhadap isteri dan mertua. Walaupun kita ada hak terhadap isteri kita, cubalah ambil hati mertua sekali sekala. Jika boleh jangan sampai isteri kita yang meminta. Cubalah minta izin dari ibu-bapa kita untuk sekali-sekala beraya dahulu di rumah keluarga isteri kita pula. Terutama jika ada keperluan khusus seperti mertua kita sudah uzur dan sebagainya. Dengan budi bahasa dan santunan yang wajar, pasti ibu kita sendiri pun akan merelakannya kerana mereka sayangkan kita dan mahu kita disayangi oleh mertua kita juga.

KESIMPULAN


Apapun yang kita lakukan atau putuskan, cuba gunakan pendekatan izin dan salam sebagai asas basmalahnya. Basmalah itu ialah isme/fahaman Allah yang mengandungi segala prinsip yang telah Allah lakarkan untuk pedoman kita dalam mengatur hidup. Jika betul kita meletakkan asas Basmalah dalam niat, maka hasilnya ialah rahmat dan rahim, berupa kasih sayang yang melimpah ruah.

Sekali lagi ditegaskan di sini bahawa SUAMI harus tegas dan berprinsip. Mertua kita harus disantuni, disayangi dan dihormati sebagai orang tua. Jika ada yang tidak kena sekalipun, jangan kita berkata ‘AH’ atau ajak mereka bergaduh. Jika sekalipun mereka tersasar dan keadaan tidak terkawal, Allah sarankan agar kita tinggalkan sahaja mereka ‘dengan baik’. (QS:73/10)

Ibubapa kepada anak perempuan harus sentiasa zikirkan bahawa anak kita sudah bukan di bawah ‘kuasa’ kita lagi apabila mereka sudah bersuami. Berbuat baik dan ambillah hati menantu lelaki kita. Jadikan mereka sebagai sahabat karib agar mereka semakin menyayangi kita. Dengan rasa kasih itu, insyaAllah suami kepada anak kita itu akan merasa bahagia dan redha untuk memenuhi apa sahaja kesukaan kita tanpa perlu dipaksa-paksa.

ISTERI harus berusaha menyantuni dan mengambil hati mertua untuk meraih redha mereka terhadap kita dan suami kita. Cuba elakkan diri dari mencampuri apa sahaja masalah yang timbul dalam keluarga suami. Jika ada yang berkaitan diri kita pun harus kita rujuk segalanya dengan suami kita untuk membuat keputusan apa sahaja. 

ISTERI juga harus redha terhadap sebarang keputusan suami agar kita sentiasa diredhai pula olehnya. Redha meredhai antara kita dan suami kita itulah yang mewujudkan ketenangan jiwa dan suasana syurga dalam rumahtangga. (QS:89/27-30).

Sedekah yang paling bernilai dan kekal abadi ialah usaha kita untuk saling membahagiakan insan-insan yang berkerabat dengan kita. Oleh itu berusahalah untuk saling memahami, menyantuni, hormat menghormati dan redha meredhai. 

Ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk saling mengambil hati. Yang pemalas dan berat tulang rajinkanlah diri. Yang ego tunduklah. Yang kikir jadilah pemurah. Yang sombong bermesralah. Banyakkan musyawarah dan jauhi debat. 


-sekian-

Pengalam Kena Denda Oleh Mak A.K.A Mommy

Pengalam Kena Denda Oleh Mak A.K.A Mommy


Assalamualaikum

Hari ni PapaG cuti. Ade la kerja sikit yang PapaG kene buat. By the way, pepagi lagi I is dah kena denda. Nak tahu denda apa? Haaa ni la denda buat entri. Entri bertajuk DENDA. Mesti korang tertanya-tanya sapa pulak la yang rajin sangat nak denda-denda segala bagai kat PapaG ni kan? Hurmmm sapa lagi. Pengetua Exchange Feed Group yang terchenta la. Mommy Irra dari Irrayyan.com tu. Kenal tak...? Kenal tak...? Tak pe la, denda pun denda la. At least ada idea untuk entri. Tercapai la target minimum 30 entri sebulan. Hehehe

Kenapa la mommy sanggup mendenda PapaG insan yang lemah ini...? Kisahnye, kami dalam EFG tetiap hari kena submit kedatangan dalam group wassap. Tetiap hari yer. Yela, nak tengok komitmen kami dalam EFG kan. Jangan ada sekadar pemerhati dan jadi penerima suapan jer. Setiap sorang dari kami harus contribute something gitu la. Buat lawak ke. Nyanyi ke. Sharing ilmu ke. Yang penting kami aktif. Bukan pasif. Kalau pasif-pasif ni. Ala-ala nak kena terajang keluar dan tak kesian kat mommy yang bertungkus lumus nak create EFG ni. #MacamBodekJe #KakAinMohonMereputzz

Pengalaman kena denda PapaG dalam EFG ade la 2 3 kali. Yela kekadang PapaG lambat juga isi kedatangan. Tapi tak setiap hari ok. Forgiveable la kot. Kalau tetiap hari tu memang melampau la. PapaG tabik spring lelaju pada sesiapa yang selalu isi kedatangan awal. Macam Kak Ana. Yela sebab akak yang keluarkan jadual kedatangan kan. Kalau lambat jugak tu. Ermmm entah la. Hehehe. Ok, antara denda yang PapaG pernah buat sebab lambat isi kedangan ialah berselfie. Kat EFG ni PapaG rasa dah macam bank selfie. Sana sini selfie. Selfie gigi, selfie kasut, selfie jari ala-ala jul ripin dan banyak lagi la. Dan afe la sorang tu. Sokmo selfie. Tak letih ke. Muhahaha.

Haaa itu yang selfie. Ade satu denda tu PapaG berdiri atas kerusi. Haaa kau mampu nak berdiri atas kerusi dah tu amek gambar dan post dalam group? PapaG sorang je yang buat. #TakTauMalu. Hahaha. Selain bediri atas kerusi. Denda paling win is menyanyi. Denda ni la PapaG paling suka. Hahaha. Denda pun saka kan? Rasanya boleh buat album kot koleksi nyanyian dalam voice note group wassap dan telegram.
Ok la tu je antara denda-denda yang PapaG pernah buat. To Mommy, PapaG doakan mommy terus tabah dan sabar melayan kerenah kami-kami ni. Dah la busy melayan anak sendiri yang 3 orang tu. Ni tambah pulak 40 lebih anak-anak besar yang macam-macam kerenah dan ting tong kepalanya. Hahaha. Kami tahu kadang mommy letih, penat, terasa dan macam-macam lagi. It's ok. Just luahkan. Kami sudi mendengar. Orang kata bercerita itu terapi yang baik. Semoga mommy terus setia menerajui EFG yamg awesome ni. CHAYOOOKKK...!!! CHAYOOOOKK...!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-

About Authors / Tentang Pengarang

Image may be NSFW.
Clik here to view.



Assalamualaikum

Selamat datang ke blog Papaglamz.com kepada semua. Blog yang berkongsi dengan anda kisah-kisah hidup PapaG sebagai ayah, parenting, masakan, dan macam-macam lagi. Teruskan bersama Papaglamz.com okay. Jangan kemana-mana.

Tentang pemilik blog : 
Nama : Muhammad Faizal Bin Mohd Musa @ Musa
Email : faizalmusa88@gmail.com
Other website : Food Stylo

A Parenthood Story To Be Share

-sekian-

Penafian

Assalamualaikum

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Kasih
With Love
-PapaG-

Belajar Menulis Di Atas Pasir

Riadah bersama keluarga


Assalamualaikum

Baru-baru ni PapaG dan family berkesempatan bermain di tepi pantai. Wife PapaG memang suka pantai ni. Main pasir, main air, berangan dan macam-macam lagi la. Korang tau tak, tengok laut ni pahala tau. Lagi satu, kaki yang pijak pasir akan sihat. Cuba korang cuba jalan tepi pantai tapa pakai kasut, nanti korang akan tengok kaki korang berpeluh. Kiranya ade refleksologi la kat situ.

Kat tepi pantai ni, Imtiyaz seronok la. Tak habis mulut die bercakap. Entah ape lang di cakapkannye tu. PapaG sebok amekgambar jer. Ade satu part yang paling best tu, Ibu Dhia tulis something atas pasir, die pun ikut sama nak menulis. 

Pantai yang PapaG pergi ni dekat je dengan rumah. Dalam 15 minit je. Kat Kuantan ni banyak pantai-pantai yang boleh korang lawati. Dan sememangnya ramai yang datang. Lebih-lebih lagi waktu petang hujung minggu. Macam-macam aktiviti yang diorang buat bersama family atau rakan-rakan. PapaG pernah cerita tentang pantai yang kami pergi ni dalam entri ni Sepetang di Kampung Pantai Pelindung, Besrah Kuantan. Jangan lupa klik tau.


Nampak tak Imityaz tulis tu. Hahaha. Tak la tu Ibu Dhia yang tulis. Dia kacau-kacau jer. Korang kalau ade masa datang la ke pantai ni. Okay.

With Love
Papaglamz

-sekian-

BLOGLIST OGOS 2015 | Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015

Tip Percutian Budget Rendah

Tip percutian di Malaysia


Assalamualaikum

PapaG rasa lama dah ter bercuti dengan family. Last year rasanya yang latest PapaG bercuti. Sudah hampir setahun tak bercuti. Yela, kekangan masa dan keewangan kadang menghalang untuk PapaG untuk bercuti. Lagi-lagi zaman ekonomi yang agak tinggi sekarang ni, kita kena bijak merancang percutian yang ber budget rendah supaya ia tidak membebankan kita kan.? Rasa nak bercuti la lepas ni. Tu yang tercari cara-cara belanjawan percutian berbudget rendah.



Antara langkah yang boleh diambil untuk percutian berbudget rendah antaranya:


Berkelah tepi pantai atau air terjun

Bermalam di hotel, resort atau chalet bukan pilihan bijak apabila anda mahu mengehadkan perbelanjaan percutian. Berkelah di tepi pantai atau berkhemah di hutan lipur berhampiran air terjun mungkin idea paling tepat. Anda boleh menyewa kanopi serta kerusi dan meja untuk kemudahan anda sekeluarga saat bersantai di tepi pantai dengan harga cukup murah. Paling jimat ialah membawa khemah sendiri ketika bersantai di tepi pantai atau hutan lipur. Ingin lebih keseronokan dan menjimatkan, sesi barbeku adalah yang terbaik dan meninggalkan kenangan tersendiri.

Berkeluarga di Homestay

Jika ingin percutian menyenangkan serta jauh dari kesibukan kota serta tidak memerlukan belanja yang besar, apa kata anda mencuba percutian ‘inap desa’ atau Homestay. Namun, percutian homestay ini bukan hanya menyewa rumah kosong, tetapi tinggal bersama pemilik rumah. Dengan hanya membayar jumlah wang mengikut pakej, anda berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik. Selain bercuti dan melakukan pelbagai aktiviti kampung menarik, anda juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan bersama ahli keluarga angkat.

Lepak di rumah

Lepak mungkin bukan percutian tetapi lepak di rumah memberikan percutian cukup menyenangkan buat anda sekeluarga. Dengan berehat di rumah, ia percutian paling menjimatkan. Ia juga bukan saja menjimatkan tetapi tidak perlu ada undang-undang yang perlu anda ikuti. Maksudnya, anda bebas melakukan apa saja. Namun, untuk memberikan lebih keseronokan berbanding hari-hari biasa di rumah, lakukan pelbagai aktiviti menarik, antaranya menonton televisyen sambil barbeku di luar rumah.

Pilih tarikh bukan musim cuti

Percutian yang menjimatkan memerlukan perancangan teratur. Dengan melakukan tempahan awal dan tarikh yang bukan musim ramai bercuti, ada boleh mendapatkan lokasi percutian dengan belanja lebih murah. Syarikat penerbangan juga sentiasa menawarkan harga murah jika menempah awal dan mendapat harga lebih murah jika anda adalah ahli yang berdaftar. Jadi, jika anda bijak merancang, anda dapat bercuti di mana saja tanpa perlu perbelanjaan banyak.


- sekian-

Adab Seorang Isteri Biarpun Uzur

Assalamualaikum

PapaG tertarik dengan kisah ini. Betapa setianya dan beradapnya seseraong isteri itu pada suaminya walaupun dia telah uzur. Mari baca. PapaG kongsikan dari facebook.

********

Dari Facebook Amir Muttakin

KASIH SEORANG SUAMI, ADAB SEORANG ISTERI

Hari ini, saya dijamu makan tengahari di Leha Kel Food di Taman Melati usai menyampaikan khutbah jumaat di Masjid al Ridhuan, Jalan Hulu Klang.

Selepas makan, mata kami terpaku dengan tindakan seorang makcik. Walaupun dalam keadaan uzur, beliau bangun ke tempat basuh tangan dengan mangkuk kosong. Kami terpana, atas tujuan apa dipenuhkan bekas tersebut dgn air paip tersebut.

Sekembalinya makcik tersebut ke meja makan, beliau membasuhkan tangan suaminya dan melayan suaminya untuk menjamah dan menjamu selera bagai seorang putera raja. Subhanallah, Allah hadirkan satu fenomena dan sketsa ringkas yang sukar dilihat pada hari ini. Ramai isteri takut dan gusar kehilangan suami, tetapi tidak tahu bagaimana nak bahagiakan suami.

Kadangkala, ada isteri yang bergelar ustazah pun belum tentu boleh melayan dan memuliakan suami sedemikian rupa. Saya mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga Allah. Semoga sketsa yang dihidangkan secara spontan ini mendidik wanita diluar sana agar menghargai dan memuliakan suami pada tempatnya.

Wallahu'alam.
Senyumlah sahabat, Allah bersama kita!

*********

Masyallah.. Hebat kan? Benarlah, wanita ni mudah sahaja nak masuk syurga hanya taat pada suaminya sahaja. Sebab syurga itu di bawah tapak kaki suami. Ade satu hadis dari Rasulullah tentang betapa wajibnya isteri-isteri untuk mentaati suaminya.

Dari Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda, ertinya: “Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.” (riwayat Imam Tirmizi, hasan sahih, Ibnu Hibban, sahih)

“Seorang perempuan telah berkata: wahai Rasulullah, saya adalah wakil orang-orang perempuan untuk menemui tuan, kemudian perempuan itu menyebutkan pahala yang orang lelaki dapat di dalam jihad pada jalan Allah bersama harta rampasan perang,ia berkata: apakah habuan untuk kami pula? (kerana kami tak boleh turut berjuang). Jawab baginda: Sampaikanlah kepada perempuan yang kamu temui, bahawa sesungguhnya taat kepada suami dan mengakui dengan hak mereka adalah menyamai pahala jihad, dan tidak ramai dari kalangan kamu yang dapat melakukannya. (taat dan mengetahui hak suami) (Al Bazzar dan Tabarani, Az Zawajir, 2/64)

Itu sahaja perkongsian dari PapaG. Harap bermanfaat.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Keguguran.. Kematian.. Ia Hilang Tapi……


Assalamualaikum

Nikmat menimang cahaya mata adalah kurniaan terbesar bagi pasangan suami isteri. Kehadiran anak bukan sahaja menceriakan suasana malah ia sebagai satu amanah yang Allah berikan pada kita sebagai ibu bapa yang wajib dipikul dengan sebaik mungkin. Dan anak jugalah yang akan menjadi penyelamat kita di Akhirat kelak sekiranya kita mampu mendidik anak-anak kita menjadi insan soleh dan solehah Insyallah.

Kematian yang bermakna dan menguntungkan 


Kegembiraan dan keriangan mendengar berita kehamilan bukan sahaja dirasai oleh suami isteri, bahkan mereka yang rapat. Tak kira keluarga malah rakan-rakan turut merasai kegembiraan itu. Pastinya pelbagai ucapan dan doa yang di ucapkan buat bakal ibu dan bapa sebagai symbol luahan rasa gembira dan syukur dari semua.

Namun, ade segelintir tidak terlepas dengan ujian Allah. Uijan kehilangan orang yang tersayang. Ya.. Keguguran.. Keguguran yang berlaku secara sendiri atau terpaksa menjadi tanda berakhirnya sebuah penantian insan kecil menjengah kedunia.

Keguguran terjadi atas banyak sebab antaranya keadaan janin yang tidak normal ataupun si ibu mempunyai masalah sepanjang dia hamil. Lantas, keguguran berlaku. Ternyata keguguran ini amat memedihkan. Ia merupakan satu ujian berat buat pasangan suami isteri. Cuba anda bayangkan impian ingin menggendong bayi sendiri telah lenyap akibat keguguran atau pun kematian ini.

Kadang kala, ada situasi menyebabkan sesetengah ibu yang keguguran mengalami masalahkemurungan akibat tidak mampu menerima keguguran yang berlaku. Tapi harus ingat, senjata terbaik untuk menerimanya ialah SABAR dan juga berdoa. Tentunya setiap yang berlaku ada hikmahnya bukan.

Gembira dengan keguguran 


Sebenarnya, bertuahlah bagi ibu bapa yang berpeluang merasai pengalaman keguguran ini. Anak yang keguguran semasa kehamilan itu bakal menjadi penyelamat di akhirat bagi ibu bapa kelak. Dalam satu riwayat hadis Rasulullah bersabda,

"Demi tuhan yang diriku berada dalam kekuasaannya, sesungguhnya siqth (Bayi yang gugur sebelum waktu bersalin) benar-benar akan menarik ibunya ke dalam syurga dengan pusarnya apabila sang ibu rela dengan kehilangannya.” (Riwayat Ahmad Daud dan Ibnu Majah) 

Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda lagi:

“Sesungguhnya sidth (Bayi yang gugur sebelum waktu bersalin) benar-benar meminta dengan mendesak kepada tuhannya apabila kedua-dua orang tuanya dimasukkan ke dalam neraka. Akhirnya, dikatakan kepadanya: ‘Wahai siqth yang mendesak kepada Tuhannya, bawalah masuk orang tuamu ke dalam syurga,’ lalu dia menarik dua orang tuanya dengan pusar dari neraka dan memasukkan kedua-duanya ke dalam syurga.” (Riwayat Ibn Abi Syaibah, Abu Ya’la dan al-BAzzar) 

Sungguh sayangnya bayi kita tu kan. Jadi bagi mereka yang mengalami pengalaman ini, redhakan lah. Dengan keredhaan mu itu, insyallah kamu akan gembira di Akhirat nanti. Jangan bersedih ok. Mereka akan menantimu di pintu syurga. Insyallah

With Love
Papaglamz

-sekian-

Some One That Make You Happy

Exchange Feed Group 31 Days Challenge


Assalamualaikum

Geng EFG ade buat satu cabaran 31 hari untuk kami mengupdate gambar kami mengikut tema-tema yang di tetap kan. Jadi hari ni tema dia Some One That Make You Happy. Waowww..!! Sorang je ke? PapaG punya macam banyak jer. 

Sekarang ni antara orang yang betu-betul membuatkan PapaG gembira seharusnya Isteri PapaG. Majority mesti cakap macam ni kan..? Untuk yang dah berumahtangga la. Yang belum tu jangan nak ngengada yer. Isteri PapaG..Dia Isteri Luar biasa<<mohon klik. Pernah PapaG titipkan puisi buatnya. Jangan lupa terjahentri tu tau. Isteri yang tiada dua dan tiada tiga. #Insyallah

Ok la, korang tengok la beberapa gambar PapaG bersama someone that make me happy.



Haaaaa.. Acu komen siket.. Ni gambar lama-lama. Gambar baru-baru tak de la. Ok itu sahaja.

With Love
Papagamz

-sekian-

Warkah dari Ayah | Wahai Anak Kesayangan Ku

Nasihat Luqman al-Hakim untuk anaknya


Assalamualaikum

Tatkala mendengar berita gembira akan kehadiran insan baru dalam keluarga, tentunya Ayah harus mempersiapkan diri untuk menjadi model contoh bapa mithali. Luqman al-Hakim, insan agung yang diceritakan di dalam al-quran yang sepatutnya dijadikan contoh bapa masa kini. Sejarah yang tercatat dalam al-quran merangkumi aspek-aspek nasihat-nasihat dalam pembentukan keluarga bahagia dan harmoni menjadi panduan dalam melayari bahtera rumah tangga.

Nasihat Luqman seharusnya dihayati, bukan hanya percakapan sahaja. Jadikanlah diri ayah itu sebagai contoh tauladan dalam mendidik anak. Orang kata pembelajaran melalui tauladan. Ya..!! jadilah contoh terbaik dimata anak-anak. Biarkan mereka tahu betapa hebat dan bertuahnya mereka mempunyai ayah seperti kita ni. Insyallah.

Dalam merubah lanskap kehidupan rumah tangga, penghayatan dan pengamalan syariat islam harus diterapkan. Jom PapaG kongsikan beberapa nasihat yang sering kali Lukman berikan pada anaknya.

Berbaktilah pada kedua Ibu Bapa wahai anak kesayangan ku 


  • Luqman menasihati anaknya untuk berbakti kepada kedua orang tua.
    Mentaati ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan ajaran islam.
    Tidak membantah dan kasar tutur bicara.
    Ibu bapa orang paling banyak berkorban demi si anak 

Jangan syirik wahai anak kesyangan ku 


  • Luqman juga menasihati anaknya untuk tidak menyekutukan Allah. Satut-satunya dosa yang tidak mungkin Allah ampunkan ialah dosa mensyirikkannya selagi tidak bertaubat. 

Setiap perbuatan pasti dibalas wahai anak kesayangan ku 


  • Luqman memberitahu bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan di dunia dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perbuatan tidak akan pernah terlepas dari pandangan Allah yang Maha Mengetahui. 

Solat, amar makruf dan nahi mungkar wahai anak kesayangan ku 


  • Sebagai ayah, luqman memperingati anaknya agar komited dalam mengerjakan solat. Ia sebagai tanda paling asas kita sebagai hambanya.
    Kita juga harus membimbing orang lain untuk menjadi lebih baik bukan hanya sekadar diri kita sahaja. Itulah namanya Amar Makruf Nahi Mungkar.
    Tetap sabar dan tekun dalam melaksanakan perintah Amar Makruf Nahi Mungkar 


Akhlak dilupa jangan wahai anak kesayangan ku 


  • Luqman juga menegaskan pada anaknya bahawa kita perlu menjaga akhlak kita sesame manusia sebaik mungkin.
    Jangan memalingkan muka daripada orang lain.
    Jangan berjalan dengan lagak sombong. Berjalan secara sederhana.
    Bercakap dengan suara yang rendah, tidak lantang dan menjerit-jerit.
    Ramai yang rajin beribadah dan mengaji, namun tidak baik hubunganya dengan orang lain. 

Ternyata Al-quran sebagai rujukan pertama mengandungi panduan-panduan yang harus kita ikuti untuk melangsungkan lanskap kehidupan kita. Jika semua prinsip nasihat Luqman dapat kita ikuti dan hayati, sudah pasti, pembentukan keluarga sakinah mawaddah pasti mudah dan tercapai. Insyallah.

Sebagai rujukan dari surah al-Luqman ayat 12-19. Semoga perkongsian PapaG ini memberi manfaat pada semua. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Pinggan Kotor Versus Diri

KITA IBARAT PINGGAN...

 Assalamualaikum

Menarik betul perumpamaan yang di berikan dalam satu artikel motivasi yang PapaG baca kejap tadi. Mengumpamakan manusia ini sebagai pinggan yang di pinjam. Nah baca.....
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita...Selang beberapa tempoh masa:

Individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan kerana telah dibersihkan dengan baik setelah digunakan. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor, tidak berbasuh. Pinggan tersebut tempatnya adalah dalam sinki dan akan dibasuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya.

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina.

Begitulah jua halnya dengan Allah Taala. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat di mana kita berasal, yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita, iaitu Allah redha kita berada dalam syurgaNya.

Namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga.

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi.

Semoga bermanfaat…Kredit : Ust Zamri Zainuldin

Begitulah dunia ini tempat tinggal yang sementara. Kita ni hanya pinjaman sahaja. Anak, bini, keluarga semua itu pinjaman yang Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja. Kalau kita leka dengan nikmat dunia, maka kotorlah kita umpama pinggan yang pcah bila kembali pada Allah. Nauzubiillah. Ayuh, tingkatkan amal, perbaiki diri, terus berusaha mencuci diri agar kita nanti berada dalam keadaan yang bersih bila bertemu Allah. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Masih Adakah Sinar Cahaya…?


Ilmu itu sinar yang menerangi 


Assalamualaikum

Dunia tanpa cahaya tentunya gelap gelita. Peciptaan matahari sebagai sumber cahaya yang menerangi bumi adalah salah satu nikmat yang besar kurniaan Allah pada kita hambanya. Masihkah kita mensyukuri nikmat kurniaannya? Ingatlah tanpa sinar cahaya, pastinya mata hilang fungsinya. Terus meraba dalam kegelapan tanpa sinar cahaya. Hati-hati.

Ilmu itu Sinar Cahaya Kekal Abadi 

Ayuh, cari cahaya dalam hidup kita. Pencarian yang pastinya tiada berpenghujung dan tidak sunyi dari ujian. Ya..!! Ilmu itu penyuluh dalam kehidupan. Hidup tanpa ilmu bagaikan bumi tanpa matahari tanpa sinar cahaya. GELAP…!!! Mencari ilmu itu dituntut bagi setiap orang yang beriman. Wahyu pertama dari Allah sendiri ialah BACALAH. Yang membawa maksud tersirat tuntutlah ilmu. Dengan membaca, pastinya kita mendapatkan ilmu. Pujangga ada berkata ilmu itu pelita hidup yang menerangi kegelapan. Dengan ilmu juga kita pasti mampu mencorak lanskap kehidupan kita berlandaskan syariat.

Ilmu lebih baik dari harta 

Ilmu lebih baik dari harta kerana ia adalah warisan para nabi. Manakala harta pula warisan Qarun dan Firaun. Ilmu boleh menjaga diri kamu, sedangkan harta, kamu yang menjaganya. Orang yang mempunyai ilmu memiliki ramai teman. Sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh. Ilmu pengatahuan itu akan bertambah jika diamalkan. Sedangkan harta akan berkurang jika dibelanjakan. Pemilik ilmu pengatahuan akan sentiasa dihormati. Sedangkan pemilik harta akan dikenali sebagai kedekut. Pemilik ilmu akan memberi syafaat. Manakala pemilik harta akan dihisab. Biarpun masa berlalu, namun ilmu tidak akan lapuk ditelan zaman. Tetapi harta itu semakin lama semakin using. Ilmu pengatahuan dapat menyinari hati. Tetapi harta mengeraskan hati. Orang berilmu mengakui dirinya sebagai hamba Allah. Sedangkan orang yang berharta mengakui dirinya sebagai “PEMILIK’. (Pandangan Saidina Ali R.A mengenai ilmu) 

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Akhir kata dari PapaG, carilah cahaya yang menyinari hati. Terangnya hati sudah pasti hidup kita bahagia. Carilah ilmu bekalan diri kerana hidup harus diterangi dan ilmu itu sifatnya menerangi.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tenang Kau Di Sana Wahai Insan Yang Ku Sayang


Kehilangan orang yang tersayang 


Assalamualaikum

Pertamanya ucapan syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat dan hidayah yang telah diberikan pada kita. Sungguh kita tahu nikmat itu kadang kala merupakan satu ujian. Dan ujian itu diberi untuk mengukur tahap keimanan kita pdaa yang Esa. Pagi ni PapaG bergitu tersentuh dengan cerita-cerita kehilangan. Sudah pasti kehilangan orang yang tersayang. PapaG akui, tidak lagi merasa perasaan ataupun kesedihan kehilangan orang yang tersayang. Tapi yang pasti, ia rasa yang amat menyedihkan.

Ingat lagi entri WARKAH DARI AYAH | WAHAI ANAK KESAYANGAN KU..? Entri tentang nasihat-nasihat ayah contoh dari Loqman al-Hakim kepada anaknya. Tentunya, masa ayah masih hiduplah nasihat-nasihat ayah yang akan kedengaran? Jika ayah telah tiada? Siapa pula yang mahu menegur, menasihati, mendengar dan sebagainya. Dad You Are My Hero. Tidak kurang juganya Ibu. Kelantangan suara Ibu tatkala memarahi kita… Sakit cubitan semut dari ibu… Semua itu kita rasa masa mereka ada di dunia. Bila mereka tiada..? Tentunya ia menjadi kenangan terindah yang tidak akan terpadam walau sesaat dalam kotak fikiran.

Bagi mereka-mereka yang telah kehilangan orang yang tersayang buat selamanya. Redhakanlah. Biarkan mereka tenang disana. Mari bersama kita berdoa agar roh kedua ibu bapa kita berada disisi orang yang terpilih oleh Allah dan bersemadi tenang dialam yang abadi.

Sebagai seorang anak, tugas kita untuk sentiasa mendoakan mereka. Rasulullah pernah bersabda;
“Bila matinya seseorang anak adam itu, maka terputuslah segala amalanya di dunia ini kecuali tiga perkara. Yang pertamanya sedakah jariah yang di lakukan di jalan Allah. Yang keduanya Ilmu-ilmu yang digunakan untuk ke jalan kebaikan. Dan yang ketiga ialah anak-anak soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan mereke”
Jadi, ayuh kita bersama-sama saling doa mendoakan antara kita. Allah itu Maha Mendengar permintaan setiap hambanya dan pasti memakbulkan doa kita. Dan yang pasti janji Allah itu pasti.

Jom sama-sama hadiah fatihah buat mereka-mereka yang telah kembali kerahmatullah khasnya buat saudara-saudara terdekat kita serta muslimin muslimat sekalian. AL-FATIHAH…..

With Love
Papaglamz

-sekian-

Mencari Cinta Tanpa Pengkhianat


Nama-nama Allah dan Maksudnya


Assalamualaikum

Selamat Pagi PapaG ucapkan buat semua pembaca. Bersyukur  pad Allah SWT sebab kita masih lagi diberi nikmat kehidupan yang terbaik darinya. PapaG harap semua pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat. Insyallah. Setiap orang punya rasa cinta. Setiap orang juga akan mencari rasa cinta dalam diri mereka kerana cinta itu mendamaikan. Cinta itu mengasyikkan dan cinta itu membahagiakan. Namun, ada segelintir yang takut untuk bercinta kerana takut cinta itu dikhianati. Adanya pasangan yang menipu, menikam dari belakang dan bermain kayu tiga. Inilah cinta manusia.

Setiap insan ingin mencari cinta yang setia tanpa pengkhiatan. Ya..!! terdapat satu cinta yang agung tanpa pengkhiatan. Pujangga ada mengatakan, Cintakan manusia, manusia kan mati. Cintakan bunga, bunga akan layu, tapi, CINTAKAN ALLAH KEKAL SELAMANYA. Cintaka Allah. Satu cinta yang mekar selamanya andai kita tahu cara terbaik memenangi cintacintanya. Dia Maha Menyayangi. Tentunya rasa cinta pada hamba-hambanya yang taat padanya tiada tolok bandingnya. Jesteru pengkhiatan tidak akan berlaku.

Ayuh bersama kita semai rasa cinta kita padanya. Taati segala suruhan dan jauhi larangannya. Amalkan zikrullah dengan sentiasa mengingatinya. Insyllah cinta yang agung lagi abadi bakal kita kecapi. Akhir kata dari PapaG:

Cinta adalah semangat, Cinta adalah kepercayaan, Cinta adalah kekuatan yang tidak boleh dimusnahkan. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Info:

Nama-nama Allah dan maksudnya

AR-RAHMAN - MAHA PEMURAH

AR-RAHIM - MAHA PENGASIH

AL-MALIK - MAHA AGUNG

AL-QUDDUS - MAHA SUCI

AS-SALAM - MAHA SELAMAT SEJAHTERA

AL-MUKMIN - MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN

AL-MUHAIMIN - MAHA PENGAWAL & PENGAWAS

AL-AZIZ - MAHA BERKUASA

AL-JABBAR - MAHA KUAT

AL-MUTAKABBIR - MAHA MEMILIKI KEBESARAN

AL-KHALIQ - MAHA PENCIPTA

AL-BARI - MAHA MENJADIKAN

AL-MUSAWWIR - MAHA PEMBENTUK

AL-GHAFFAR - MAHA PENGAMPUN

AL-QAHHAR - MAHA MENENTUKAN

AL-WAHHAB - MAHA PEMBERI

AR-RAZZAQ - MAHA PEMBERI REZEKI

AL-FATTAH - MAHA PEMBUKA

AL-ALIM - MAHA MENGETAHUI

AL-QABIDH - MAHA PENGEKANG

AL-BASIT - MAHA MELIMPAHKAN NIKMAT

AL-HAFIDD - MAHA MERENDAHKAN

AR-RAFI’ - MAHA MENINGGIKAN

AL-MU’IZ - MAHA MEMULIAKAN

AL-MUZIL - MAHA MENGHINAKAN

AS-SAMI’ - MAHA MENDENGAR

AL-BASIR - MAHA MELIHAT

AL-HAKAM - MAHA PENGHUKUM

AL-‘ADL - MAHA ADIL

AL-LATIF - MAHA LEMBUT

AL-KHABIR - MAHA MENGETAHUI

AL-HALIM - MAHA PENYANTUN/SABAR

AL-‘AZIM - MAHA AGUNG

AL-GHAFUR - MAHA PENGAMPUN

ASY-SYAKUR - MAHA BERSYUKUR

AL-‘ALIY - MAHA TINGGI

AL-KABIR - MAHA BESAR

AL-HAFIZ - MAHA PEMELIHARA

AL-MUQIT - MAHA PENJAGA

AL-HASIB - MAHA PENGHITUNG

AL-JALIL - MAHA SEMPURNA

AL-KARIM - MAHA PEMURAH

AR-RAQIB - MAHA MENGAWASI

AL-MUJIB - MAHA MENGABULKAN

AL-WASI’ - MAHA LUAS

AL-HAKIM - MAHA BIJAKSANA

AL-WADUD - MAHA MENGASIHANI

AL-MAJID - MAHA MULIA

AL-BA’ITS - MAHA MEMBANGKITKAN

ASY-SYAHID - MAHA MENYAKSIKAN

AL-HAQ - MAHA BENAR

AL-WAKIL - MAHA PENTADBIR

AL-QAWIY - MAHA KUAT

AL-WALIY - MAHA PELINDUNG

AL-MATIN - MAHA TEGUH

AL-HAMID - MAHA TERPUJI

AL-MUHSI - MAHA PENGHITUNG

AL-MUBDI - MAHA MEMULAI

AL-MU’ID - MAHA MENGEMBALIKAN

AL-MUHYI - MAHA MENGHIDUPKAN

AL-MUMIT - MAHA MEMATIKAN

AL-HAYY - MAHA HIDUP

AL-QAYYUM - MAHA BERDIRI SENDIRI

AL-WAJID - MAHA PENEMU

AL-MAJID - MAHA MULIA

AL-WAHID - MAHA ESA

AL-AHAD - MAHA ESA (SATU)

AS-SAMAD - TEMPAT BERGANTUNG

AL-QADIR - MAHA BERUPAYA

AL-MUKTADIR - MAHA BERKUASA

AL-MUKADDIM - MAHA MENYEGERAKAN

AL-MUAKHIR - MAHA MENGAKHIRKAN

AL-AWWAL - YANG PERTAMA

AL-AKHIR - YANG AKHIR

AZ-ZAHIR - YANG ZAHIR

AL-BATIN - YANG BATIN

AL-WALI - YANG MEMERINTAH

AL-MUTA’ALI - MAHA TINGGI & MULIA

AL-BARR - MAHA BAIK

AT-TAWWAB - MAHA PENERIMA TAUBAT

AL-MUNTAQIM - MAHA PENGHUKUM

AL-‘AFUW - MAHA PEMAAF

AR-RAUF - MAHA BELAS KASIHAN

MALIKUL-MULK - MAHA PEMILIK KERAJAAN

DZUL-JALALI - MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN & KEMULIAAN

AL-MUQSIT - PEMILIK KEADILAN

AL-JAMI’ - MAHA MENGUMPULKAN

AL-GHANIY - MAHA KAYA

AL-MUGHNI - YANG MAHA MEMAKMURKAN

11 mutiara kata dari ibu | Point nombor 4 selalu kita dengar tapi….



Nasihat dari ibu


Assalamualaikum

Ibu… Pastinya tidak sunyi dari menasihati anak-anaknya. Ibu sangat menginginkan yang terbaik untuk anaknya dengan memberikan mutiara kata dari ibu yang boleh memberi kesan mendalam dalam hati dan jiwa seorang anak. Mutiara kata dari ibu pastinya akan menjadi ingatan buat si anak dalam meniti hari-hari kehidupan ini.

Bicara kata mutiara dari ibu menunjukkan betapa ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Pesan-pesan dan nasihatnya kepada kita tentang hal-hal yang baik dan buruk dengan kesabaran walaupun terkadang kita mebantah, ibu tetap sabar memberi kata-kata mutiara dan nasihat buat anaknya. Terima kasih ibu. Aku merindui belaian dan kata-kata darimu ibu. #CallMak

Nah PapaG kongsikan kata-kata mutiara dari ibu buat anaknya. Semoga bermanfaat. 



Ingat anak ku, bersabar bukan berarti kamu lemah. sabar adalah bukti bahawa kamu tegar menghadapi segala ujian yg datang dalam hidupmu.

Ingat anak ku,cintailah Ibumu lebih dari Cintamu kepada pasanganmu.

Ingat anak ku, kesetiaan berarti ketulusan untuk menyimpan satu hati di dalam hati, dan berjanji untuk tidak akan mengkhianati.

Ingat anak ku, ketika kamu kecewa, luangkan waktu untuk bersyukur, karana dalam hidupmu masih banyak hal yang berjalan sebagaimana mestinya.

Ingat anak ku, beri perhatian kepada orang tuamu, sekecil apapun perhatian itu orang tuamu akan merasa bangga dan bahagia.

Ingat anak ku, jika seseorang membencimu, menertawakanmu, atau menghinamu, itu kerana sebenarnya kamu memiliki sesuatu yg dia inginkan. 

Ingat anak ku, berfikir positif, jangan pernah berfikirkir negatif. segala sesuatu yang terjadi pada diri kita dipengaruhi oleh pikiran kita.

Ingat anak ku, pelukan seorang Ibu boleh menenangkan Anaknya yang sedang bersedih.

Ingat anak ku, BERSABARLAH ketika hidupmu terasa susah, Kerana TUHAN sedang merancang sesuatu yang lebih indah buat kita.

Ingat anak ku, jangan pernah berhenti untuk belajar, belajar yang akan menunjukkan jalan kejayaan buat kita.

Ingat anak ku masa depan kamu tidak bergantung pada nilai sekolah kamu. Masa depan kamu berada di tangan kamu sendiri. 

Itulah tadi sedikit sebanyak kata-kata mutiara dari ibu yang sering kita dengar dan ia menjadi suber motivasi buat diri kita sebagai anak dalam menuju kehidupan yang lebih baik.


With Love
Papaglamz

-sekian-

Anak dan Isteri amanah menuju bahagia



Antara amanah allah pada hambanya


Assalamualikum

Hari ini, tanggal 10 Ogos 2 tahun yang lepas, masih terngiang lagi tarbiah juru nikah masa majlis akad nikah PapaG dengan isteri. Yang tidak boleh dilupakan lagi, kehangatan tangan ayah mertua yang menikahkan PapaG. Kenangan paling indah dalam hidup yang pasti tidak akan dilupakan. Diam tak diam, sudah 2 tahun kami bergelar suami isteri. Alhamdulillah, perjalanan hidup kami berumah tangga selama 2 tahun diberikan seribu satu kemanisan yang kadang-kadang tu kelat juga dalam hidup kami.

Diciptakan manusia di atas muka bumi ini bertujuan bagi memikul amanah. Amanah sebagai khalifah yang wajib kita pikul sepanjang perjalanan hidup. Amanah yang terdekat yang wajib kita pikul ialah kurniaan isteri dan anak dari Allah. Oleh itu, suami seboleh-bolehnya harus memenuhi hak-hak isteri dan anak-anak dengan baik dan mengikut syari’at.

Bagi PapaG, dalam hidup berumah tangga ini mempunyai satu tujuan iaitu mencari nafkah yang halal demi memenuhi hak-hak dan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak. Bukan hanya kehendak material. Tetapi juga, suami harus memenuhi tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam mendidik setiap ahli dalam keluarganya tentang ilmu-ilmu syariat. Agar kehidupan rumah tangga yang dibina dapat menuju rumahtangga yang sakinah mawaddah. Jadi, suami harus bersiap sedia dengan ilmu-ilmu yang sewajarnya agar kita tidak kekok dan terpesong bilamana kita mengemudi bahtera rumah tangga kelak. Insyallah.

PapaG akui, dalam hidup berumah tangga ni, kadang kita terlupa kan tanggungjawab yang seharusnya kita pikul. Nama pun manusia kan? Mudah lupa. Oleh itu, antara suami isteri seharusnya saling ingat mengingati. Tidak salah jika dalam satu masa isteri membetulkan suami. Kerana manusia ini bukan semuanya sempurna. Dalam sesetengah hal, mungkin si suami kurang arif. Jadi, tidak salah jika isteri yang lebih arif membetulkan. Saling memperingati dan melengkapi antara satu sama lain pastinya akan membuatkan ahli dalam rumahtangga akan berasa saling memerlukan. Lantas, kemanisan hidup suami isteri akan lebih bermakna dan berkekalan hingga akhirnya. Insyallah.

PapaG harap coretan ringkas ini bermakna buat semua. Jangan lupa doakan PapaG dan keluarga agar terus hidup di bawah rhamat Allah dan dipermudah urusan kami di dunia dan di akhirat. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Viewing all 772 articles
Browse latest View live