Quantcast
Channel: Papaglamz.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 772

TIps Mudah Merebus Ikan Tongkol Supaya Ikan Jadi Sedap Dan Pejal Dagingnya

$
0
0
Assalamualaikum semua. Ikan tongkol masak lemak ataupun sambal makan dengan nasi dagang memang kegemaran rakyat di Pantai Timur. Untuk pengatahuan semua, sajian nasi dagang bersama ikan tongkol anda boleh nikmati seawal sarapan pagi lagi.


Namun, tahukah anda, penghasilan menu ikan tongkol yang sedap dan umph bermula dari penyediaan ikan itu sendiri. Rahsianya ikan itu perlu direbus dahulu. Nak tahu caranya? Jom lihat cara Cikgu Afy Al Habibi kongsikan cara-cara rebus ikan tongkol yang sebenar.

Cara-cara merebus ikan tongkol


Bahan-bahan

6 ekor ikan aya/tongkol saiz sederhana
Garam halus secukupnya
Hirisan halia
Hirisan lengkuas
Sedikit cuka makan
2-3 helai daun pandan

Baca juga : Resipi Ais Krim Durian Homemade Yang Ohsem. Wajib Cuba Tau.!

Cara-cara memasaknya

1. Bersihkan ikan dan toksin airnya.

2. Dalam periuk yang bersesuaian, susu 2-3 helai daun pandan sebagai alas. Fungsinya ia akan membantu membuang hanyir pada ikan.

3. Susun ikan elok di dalam periuk dalam 1 lapisan.

4. Tabur garam halus sebanayk 1 setengah sudu teh setiap lapisan.

5. Masukkan juga 3/4 sudu makan gula melaka.


6. Tambahkan hirisan lengkuas dan halia.

7. Renjiskan cuka atas ikan secara rata. Penggunaan cuka inilah rahsia kepingan ikan menjadi pejal.


8. Ulang cara yang sama untuk lapisan seterusnya. Cuma tak perlu tambahkan daun pandan lagi. Tak perlu masukkan air kerana sewaktu ikan dalam peroses rebusan, air dari ikan keluar sendiri.


9. Lapisan paling atas, letakan kepala ikan untuk elakkan ia cepat hancur.

10. Boleh buka api. Rebus ikan guna api paling perlahan dan masak kira-kira 1 jam. Pastikan tudung ditutup sewaktu merebus.

11. 10 minit sebelum tutup api, buka penutup periuk dan besarkan api sedikit. Biarkan air rebusan ikan tinggal 1/4 sahaja.


12. Setelah siap merebus, biarkan ikan sejuk sebelum diasingkan. Makin dibiar lama, ia akan menjadikan gulai ikan nanti menjadi lebih sedap.


13. Siap. Dah bolehlah masuk ke dalam gulai.


Selamat mencuba!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my dengan tajuk "Tip Mudah Masak Ikan Tongkol Agar Lebih Sedap Dan Pejal Dagingnya" sebagai penulis jemputan. Jom klik untuk membacanya

LIKE dan FOLLOW Papaglamz.com untuk update terkini di Facebook, Twitter, Instagram serta Telegram.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 772

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes