Demi mencari sesuap nasi, dan menghadapi kehidupan ekonomi yang kian mencabar, pelbagai cara dan jalan diambil untuk kita mencari duit ataupun rezeki. Terbaru, usahawan makanan telah mengetengahksn konsep kedai makan makan bergerak atau lebih popular dipanggil 'Food Truck'.
Perniagaan Food Truck ini dilihat semain hari semakin mendapat perhatian dan permintaan baik dari pelanggan mahupun dari usahawan sendiri yang mahu menjinakkan diri dalam bidang perniagaan ini.
Walaupun sambutan amat menggalakkan, usahawan food truck masih menghadapi beberapa masalah seperti kekurangan dana untuk mengembangkan perniagaan. Selain itu, masalah lokasi untuk meletak food truck juga antara salah satu cabaran untuk usahawan food truck.
Melihat situasi ini, Kementerian Wilayan Persekutuan mengambil langkah proaktif untuk membantu usahawan-usahawan trak makanan ini untuk berkembang maju. Antara langkah yang diambil ialah kira-kira 1,000 lesen perniagaan kenderaan saji (trak makanan) dikeluarkan akhir tahun 2017 untuk memberi sokongan kepada usahawan trak makanan.
Langkah ini dapat memberi lebih motivasi kepada usahawan trak makanan untuk berusaha mengembangkan perniagaan makanan mereka kerana ada pihak yang sangat menyokong usaha ini. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga dalam usaha perbincangan untuk mengenal pasti lokasi yang lebih strategik dan mempunyai pelbagai kemudahan untuk semua usahawan trak makanan.
Tengku Adnan juga berpandangan bahawa, dengan adanya pembangunan perniagaan berkonsepkan food truck ini insyallah masalah pertumbuhan peniaga-peniaga kecil ditepi jalan dapat dikurangkan sekaligus masalah kemalangan jalan raya yang melibatkan peniaga-peniaga ini dan juga pembeli dapat dikurangkan.
Berikut aku kongsikan 16 food truck skitar Lembah Klang yang menjadi tumpuan orang ramai. Jangan lupa untuk singgah dan mencuba ya!
1. La Famiglia
Lokasi: SS15, Subang Jaya (infront of Espresso Lab)2. Little Fat Duck
Lokasi: Pasar Moden PBSJ, SS15, Subang Jaya3. Burger Giler Power
Lokasi: Berdekatan 4 Jalan Bandar 3, Taman Melawati, Melawati,4. The Laughing Monkey
Lokasi: Menara Millenium (nearby HELP college), Jaya One and Damansara Uptown.5. Cowboy Food Trucks
Lokasi: SS15, TTDI and Damansara Uptown6. Babarittos Delight
Lokasi: PV16, along Columbia Hospital road, Setapak7. Flaming Wheels
Lokasi: Sekitar Lembah Klang. Kebiasaannya berdektan dengan universiti-universiti.8. Curbside Cantina
Lokasi: 17A Lorong Datuk Sulaiman 7, TTDI (132.73 mi), Kuala Lumpur, Malaysia 600009. Negative Celsius
Lokasi: PV128, Setapak10. The Boys Food
Lokasi: Bank Muamalat, Jalan 6/4, Taman Desa Melawati
Tidak hairan la kini food truck tumbuh seperti cendawan selepas hujan kerana pihak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengambil berat tentang masalah usahawan food truck dan mencari jalan penyelesaian bersama.
With Love
Papaglamz
-sekian-