Quantcast
Channel: Papaglamz.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 772

Melaka Bird Park | Tarikan Pelancongan di Melaka

$
0
0

 Lokasi, harga tiket dan waktu Taman Burung Melaka di buka


Asalamualaikum

Melaka Bird Park antara Tarikan Pelancongan di Melaka | Melaka terkenal dengan nama kota bersejarah. Negeri ini mempunyai sejarah yang tersendiri dalam perkembangan politik tanah air kita. Melaka juga merupakan salah satu negeri yang sering kali menjadi tempat tumpuan ramai pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Terbaru PapaG berkesempatan mengunjungi Taman Burung Melaka yang terletak di Ayer Keroh. Taman burung ini merupakan tarikan terbaru di Negeri Melaka yang harus kita kunjungi sekiranya kita ke sini. 

gambar-burung-di-taman-burung-melaka

Sebenarnya, Taman Burung Melaka ini telah dibuka untuk para pengunjung pada bulan Mei 2013. Bermakna sudah 2 tahun taman ini dibuka semasa PapaG ke sini. Berada di taman burung ini amat menyeronokkan. Apa tidaknya, melihat kelibat-kelibat burung pelbagai jenis, warna dan spesis yang amat jinak memang mengasyikkan. 

Antara aktiviti yang menarik di taman burung ini ialah memberi makan pada burung-burung di sini. Pengunjung-pengunjung akan dibekalkan dengan tiga bekas makanan iaitu jagung, kuaci dan air madu. Makanan-makanan ini perlu dibeli di kaunter pendaftaran dengan harga RM 10.00 sahaja. Selain memberi makan pada burung-burung disini, aktiviti lain yang menarik ialah sky walk. Berjalan merentasi sky walk ni memang menarik. Kita akan dapat melihat keseluruhan taman burung ini dari pandangan atas. Memang menarik. Di tambah pula sepanjang sky walk ni ada banyak burung yang menemani kita berjalan. Dah macam dalam kayangan gitu. Hehehe

gambar-burung-di-taman-burung-melaka

gambar-burung-di-taman-burung-melaka

gambar-burung-di-taman-burung-melaka

gambar-burung-di-taman-burung-melaka

Rasanya tempat ni sesuai untuk mereka yang meminati fotografi alam semulajadi. Yela banyak burung yang jinak-jinak dan mudah untuk kita ambil gambar. Selain itu, landskap taman ini juga sangat cantik. Dengan terbinanya air terjun buatan manusia, ia bagai melengkapkan lagi taman ini umpama habitat sebenar burung-burung ini di dalam hutan. Memang menarik. Sesiapa yang ke Melaka mesti singgah. Memang tak rugi la. Kalau nak merasai lebih lagi keseronokan di sini, boleh la datang.

Bayaran Tiket Masuk
Isnin – Jumaat
Dewasa RM 15.00, Kanak-kanak RM 10.00

Sabtu, Ahad dan Hari Cuti Khas
Dewasa RM 20.00, Kanak-kanak RM 15.00

Lokasi Dan Pertanyaan
Melaka Bird Park Taman Botanikal,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Hang Tuah Jaya, Melaka
Tel: 062330333 or 017-2296986
Email: info@melakabirdpark.com

With Love
Papaglamz

-sekian-

Viewing all articles
Browse latest Browse all 772