Mencari Hidup Bahagia
Assalamualaikum
Sedang PapaG bersiar-siar di tepi pantai tiba-tiba datang satu keluarga, sepasang suami isteri dan 3 orang anaknya yang masih kecil berkelah. Melihat gelagat mereka sekeluarga rasa sangat bahagia. Saling ketawa riang. Terdengar jeritan-jeritan manja dari anak memanggil si ayah untuk bersama mandi di tepi pantai. Si ibu yang sentiasa tersenyum dengan nada manja menyuruh ayah menemani anak-anaknya. Indah… Satu keluarga yang bahagia. Walau hanya sekejap PapaG melihat situasi itu, tapi masih lagi teringat di kotak memori PapaG.
Ramai yang menginginkan kehidupan bahagia dan gembira. Orang yang akalnya tidak waras je yang tidak mahu hidup bahagia. Pernah PapaG kongsikan satu artike tentang hakikat kebahagiaan sebelum ini. Ternyata hakikat sebuah kebahagiaan dapat kita capai dengan sentiasa berasa syukur. Teringat PapaG akan kata-kata dari Saidina Ali R.A yang memberikan pandangan tentang kunci kebahagiaan.
7 Kunci Kebahagiaan Dalam Hidup
Jangan membenci
Siapapun kita jangan sesekali ada rasa benci pada seseorang. Bila ada benci tentu sekali hati kita akan sentiasa tak puas hati. Betul tak? Jadi, penuhi diri dengan rasa saling sayang menyayangi. Walaupun seseorang yang kita benci itu pernah melakukan kesalahan terhadap kita. Maafkan lah. Sedangkan nabi memaafkan umatnya, kita sebagai umatnya mesti belajar bagaimana caranya untuk memaafkan seseorang.Jangan bersedih
Andai ingin bahagia, jangan kita bersedih. Jika kita bersedih, sudah pasti rasa bahagia akan jauh dari kita. Ya, tidak salah untuk bersedih. Mungkin kita bersedih dengan kehilangan ataupun sedih kerana tidak dapat mencapai sesuatu yang kita inginkan. Cubalah untuk redha dengan ketentuan. Mungkin juga Allah menghilangkan sesuatu dari genggaman kita kerana hendak memberi sesuatu yang lebih baik dari itu. Jadi, jangan lama-lama bersedih. Sentiasa redha dan bersyukur dengan ketentuan yang telah Allah berikan pada kita. Insyallah kebahagiaan akan menjadi milik kita.Bersederhana
Siapa yang setuju dengan PapaG bahawa kehidupan yang kononnya bahagia masa kini di ukur dengan kemampuan materialnya. Mungkin tak salah jika PapaG katakan banyak yang selalu merasa tidak cukup meskipun sudah dicukupkan rezekinya oleh Allah SWT. Oleh itu, ayuh rendahkan hati, jangan terlalu memandang material dan kemewahan dunia. Cubalah hidup bersederhana. Dengan bersederhana dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, sudah pasti kita akan hidup bahagia. Nabi sendiri hidup sederhana. Jangan kita tamak. Takut nanti menjadi sahabat kepada syaitan pula.Berdoa
Jangan kita lupa pada pencipta rasa bahagia. Inginkan kebahagiaan harus minta pada yang memberi rasa bahagia itu. Ayuh, panjatkan doa memohon kebahagiaan dari Allah agar diberi rasa tenang dan bahagia dalam menjalani hidup sebagai hambanya di dunia ini. Setiap kali selepas solat mohonlah doa padanya. Insyallah dia pasti mengkabulkan permintaan kita sepertimana firmannya dalam surah Al-Mukmin ayat 60 yang bermaksud, “Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan permintaanmu”.Banyakkan memberi
Orang kata kalau kita mampu membahagiakan orang lain pasti hidup kita akan bahagia. Memberi itu bukan hanya memberi wang atau material sahaja. Banyak benda yang boleh kita beri untuk membahagiakan orang lain. Antaranya memberikan doa, memberi kata-kata perangsang atau motivasi dan macam-macam lagi. Alangkah indahnya dapat melihat orang lain bahagia tatkala kita berjaya membantunya kan.Sentiasa tersenyum
Senyum itu kan sedekah. Konsep yang sama dengan memberi. Betul tak? Senyuman adalah satu cara tanpa modal yang besar untuk kita bahagia. Hanya gerakkan bibir dan ukirkan senyuman pada sesiapa sahaja. Dengan senyuman, ia mampu menyebarkan kebahagiaan kepada orang lain. Dan disebabkan kebaikan yang kita lakukan itu, kita pasti akan bahagia. Insyallah.Nah begitu lah antara kunci kebahagiaan dapat PapaG kongsikan yang boleh kita amalkan bersama. Ingat sambil baca entri ni sambil senyum tau. PapaG doakan anda semua bahagia. Insyallah.
With Love
Papaglamz
-sekian-